Felda Global Ventures Holding Berhad

FGV Holdings Berhad[lower-alpha 1] (Singkatan: FGV atau FGVH, dahulu dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad; MYX: 5222) ialah sebuah syarikat global perniagaan agri dan makanan di Malaysia. Dengan operasi di seluruh dunia, FGV menghasilkan produk kelapa sawit, getah, oleokimia dan gula. [2] Tawaran awam permulaannya (IPO) pada tahun 2012 adalah ketiga terbesar di dunia pada tahun itu selepas Facebook dan IPO yang terbesar di Asia bernilai $3.1 bilion.[3]Ia merupakan syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan ekar tanaman. FGV menguruskan bank tanah seluas 439,230 hektar di Malaysia dan Indonesia termasuk tanah di bawah Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan Felda. Syarikat tersebut mengeluarkan kira-kira 3 juta tan metrik (MT) minyak sawit mentah (MSM) setiap tahun.Pada tahun 2009, FGV telah membeli 51% daripada syarikat kilang penapisan gula terbesar di Malaysia, MSM Malaysia Holdings daripada PPB Group Berhad (diasaskan oleh Robert Kuok) bernilai RM1.25 bilion.Pada 3 Julai 2018, syarikat tersebut telah menggugurkan "Felda Global Ventures" daripada nama korporat mereka dan dinamakan semula sebagai FGV Holdings Berhad.[4][5]